Der Spielplatz von oLye…

my new site…

dear all,

i’ve moved to http://www.olye.blogspot.com.

i’ll catch-up with y’all later at the new site,ya?

bubbye..

April 19, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Tagged..

26032009003

Aku kene tagged. Dah berzaman tapi takde masa utk sudahkan tugasan ni… hehehehehe…

So, harini baaaaaaaaaaaaaaaaanyak masa… jadi, siapkan tagged yang si Zaza Hasny bagi. (Sori Uder, lama nak buat!) —> sorry tulisan buruk ekk…(memang tulisan tak penah cantik pon!)

She tagged me on 10th December 2008 (oit..aku dalam pantang ah Uder masa tu!)

the tagging would need to be done as below:

1. Your name/username:

2. Left handed or right handed:

3. Favorite letter to write:

4. Least favorite letter to write:

5. Write “The quick brown fox jumps over the lazy dog”:

6. Tag 6 people:

  • Noi, Jue, Maria, Jay, Zue, Eja…. hehehehehe…

March 26, 2009 Posted by | Uncategorized | 4 Comments

Iklan radio yang nak kene pelempang!

Korang penah dengar Sinar fm tak?

Kalo tak penah , cuba-cuba la dengar..

Ada satu iklan conversation laki bini pasal umah jiran kene rompak..

Aku tak tau la apa pendapat korang pasal iklan tu tapi bagi aku ngan laki aku, iklan tu agak bodoh. Serious, aku bnyk gak dengar iklan-iklan radio sebelum ni (bukan dengan rela tapi terpakse dengar pon).. tapi aku rasa iklan ni la yang paling bangang skali. ( Oh ,ya..aku tak kisah pon org lain nak kata apa…kalo tak suka ngan pendapat aku ni, bley tulis kt tpt lain…hehehehehe).

Bukan apa.. iklan tu, si isteri bgtau kat laki dia yang umah jiran dah kene masuk dek pencuri… pastu si laki ckp  : tu la, jiran dia tak penah nak bertegur sapa and kenal-mengenali…

ok. Pause jap. Tgk la betapa ego nya mamat tu..dia nak salahkan jiran dia pasal tak penah tegur and kenal jiran lain but did he take the initiative to do so? so, dia expect jiran dia dtg kat dia je…dia takmo ke make the first move? sombong!

Sambung iklan balik..

Lepas tu salah sorang ckp yang ptg tadi nampak org punggah barang…ingatkan jiran baru pindah rupanya pencuri.

Ok. Pause skali lagi.

Dia nampak org punggah barang…and dia ingat jiran baru pindah… Kalau dia jiran yang baik, elok ke dia duduk je kat umah and perhati org punggah barang? dia pandai kata jiran dia tak amik pusing utk kenal jiran lain..tapi dia pon 2×5 malah lebih teruk lagi drpd jiran yg dia kutuk tu..macam tu ke semangat kejiranan yang kita semua nak? stupid la the iklan  i tell you!

tiap-tiap pagi, tiap kali iklan ni kuar, laki aku mesti tune radio pegi Era fm…sebab menyampah punya pasal…huhuhu..

Aku tak tau la iklan radio ni..sebelum dikeudarakan, takde ke panel penilai?

terpaksa cakap skali lagi ; “Serious, stupid radio commercial la wey!”

March 20, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

Public Transport – What a Nightmare!

Sebenarnya daripada minggu lepas lagi aku nak citer pasal hal ni…tapi manjang bertangguh and bila dah ada depan PC, asek terlupa. Oleh sebab harini klinik tinggal aku, Kiren ngan Nadiah je… (and Doktor of course!) , maka banyak la masa yang boleh aku luangkan untuk mengarut dalam blog ni.

Pasal public transport…hahahahaha… (gelak dulu baru nak cerita!)

Dua minggu lepas aku attend satu survey kat Plaza Pantai… survey untuk software baru.. ok la..dia bayar rm200 utk session yang sangat la sekejap yakni 1 jam lebih…( tu pon dah habis aku buat beli kasut ngan makan – tambahkan koleksi lemak-lemak kat badan nih!) . Survey start pukul 6pm tapi memandangkan Puan Nur’Ain ni sangat baik hati, dia bercadang nak tumpangkan aku ke Plaza Pantai… huhuhu…slamat tambang and masa aku!

7.15pm survey complete…aku dengan sangat happy ( lepas dapat token!) ..berlari-lari  riang la ke LRT station utk amik LRT back to Kl Sentral ( dalam paler otak dok bling-bling rm-rm-rm…huhuhu..)

Serious, time aku nak naik LRT tu time org balik kerja…oleh sebab aku dah lama tak naik public transport, agak culture shock gak la aku bila masuk train coz sumpah , tak ubah mcm kene sumbat lam tin saden…cuma takde kuah je!  Train tu padat- sepadat-padatnyer sampai muka aku , aku rasa terpenyek-penyek kat cermin train…sangat horror! Paling kejam, bila tiba kat stesen berikutnya, makin ramai orang masuk and semakin terpenyet la aku!

Luckily, tak berapa stesen je aku dah sampai KL Sentral…aku pon turun dan menarik napas lega setelah biru-biru menahan azab lam train. That was past 2 weeks.

Last week…again, aku dapat satu lagi offer survey…kali ni kat megan Avenue (wah-wah…kalo sebut Megan Aevenue, semua org mcm tau coz tpt survey ni sgt popular!) . Kali ni survey pasal frozen food pulak… Yang aku plak tak pernah attend survey yg mcm ni..aku ingatkan survey habis pukul 7pm mcm haritu…rupanya start at 7pm and habis pukul 9.30mlm…giler! tapi memandangkan dah confirm seat…aku pegi jugak. kali ni token dia takde lah bnyk sgt.. rm100 je tapi ok la..siapa yang nak bagi duit senang-senang kan?

So, lepas keje aku bergegas la naik LRT from KL Sentral ke Ampang Park. Oleh sebab time tu orang balik kerja, maka pengalaman menjadi saden aku lalui semula…huhuhu..sadis giler! Ntah kenapa la aku rasa Kl Sentral – Ampang Park tu macam KL- Taiping! Lama giler nak sampai! Dah la sempit dan terhimpit…bau badan masing-masing…nauzubillah! Sampai kat satu stesen ni…3 budak muda ( 2 pompuan 1 lelaki) naik btol-btol kat pintu yang aku landing. Drpd muka aku tgk mamat tu mcm Bangla and budak pompuan tu mcm Indon… tapi skali diorang bersembang..oh, org kelantan rupanyer! Aku tak kisah sgt org mana..kelantan ke..johor ke..kedah ke…perak ke…sabah ke… myanmar ke… janji bau tak buat aku pengsan sudah! Tapi itu mamat sudah bagi aku pening coz badan dia berbau arak… aku memang cukup pantang org bau alcohol nak ngendeng-ngendeng kat aku… mula la aku rasa cam nak men’silambam’ orang tu… dalam hati aku pikir, apa la nak jadi dengan budak tu??

Tak sampai dua stesen pastu dia turun… lega la sket…sekejap je…until sorang bangla plak dtg himpit…bau badan hangit nak mampos…sumpah, kalo aku pregnant, mau banjir LRT dengan muntah aku..

Lepas survey, aku terpakse naik LRT back from Ampang Park to Kl Sentral…sib baik dah pukul 9.30pm…so, takde la horror mcm belah petang…

Smalam plak lepas keje aku kene bergegas pegi Plaza Pekeliling… ada hal sket (rahsia!).. so, aku decide utk naik monorail coz takyah nak tukar-tukar train lagi dah. Dah la tambang rm2.50 sehala… sekali lagi aku rasakan perjalanan amik masa berkurun-kurun lamanya! Memang pon aku naik from One end to the other… tapi aku rasa aku bley mati tua kat dlm train! Korang penah naik monorail tak? Tak rasa horror ke masa dia gerak? nak-nak masa dia layan corner..perghh….

huhuhu…tu baru citer pasal Train…blom lagi try naik bas.. kalo boleh, memang aku nak naik bas …ye la..org kata, kurangkan kesesakan, jimatkan penggunaan bahan api utk membantu menjaga persekitaran… tapi, hmm… bila pikir kepadatan naik bas, buat aku pikir berpuluh kali… jawabnyer, kalo dah sampai abes pilihan, aku rasa aku lebih rela jalan kaki kot drpd naik bas… huhuhuhu…

March 20, 2009 Posted by | Uncategorized | 5 Comments

Emir yang suka menguap…

Serious…emir memang suka menguap… Tapi dia menguap je la..tido dia tak berapa kuat sangat.. (compare to ibu dia yang memang Ratu Tido….huhuhuhu..)

Bukti? Tengok kat bawah and lu pikir la sendiri! Hehehehehehe….

Kat kedai mamak..lepas kenduri cukur jambul..saja nak botakkan kepala dia...

Kat kedai mamak..lepas kenduri cukur jambul..saja nak botakkan kepala dia...

 

Hmm..a few weeks after botakkan kepala Emir...

Hmm..a few weeks after botakkan kepala Emir...

And the recent one...

And the recent one...

 

p/s: uncle bawang ada belikan patung unta lepas balik from Dubai..Ibu tak suka patung tu coz dia main lagu arab and bunyik dia bingit…but Emir loves the patung so much… Sometimes I feel like killing Uncle Bawang…but most of the time patung tu jadik penyelamat…coz bila dia buat bunyik annoying dia tu, Emir akan senyap…huhuhuhuhu…

Ni la dia patung yang 'menyeksa' ibu...

Ni la dia patung yang 'menyeksa' ibu...

March 18, 2009 Posted by | Uncategorized | 4 Comments

Post yang tak bertajuk..

Ok. Serious lama jugak tak menulis. Idea banyak mencurah-curah biler offline…tapi biler online macam takmo tumpah-tumpah. Puas hangguk-hangguk paler tetap takmo tumpah. Geram sungguh!

Harini balik lambat lagi. (sakit btol hati ni!). Nak buat cemana, driver ada hal kat UM..tadi dia tepon…hmm…bila suruh define erti kata lambat tu dia tak bley nak bajet… tension! Takkan sampai Isya’ kot aku kat opis ni lagi?? baik tido sini je…

Aku terus angkat gagang tepon opis (jimat kredit handphone yang memang tak banyak tu)… tepon Ina..bagitau yang lambat amik Emir. Kesian Ina! Dah la minggu ni Along pon humban anak-anak dia kat umah Ina..aku plak amik Emir lambat… mesti letih dan makin kurus adik aku yang sememangnyer kurus kering tu! Jeles! Asek dia je kurus…aku bila nak kurus?? (Mengeluh!)

Boring ni…rambut dah kuar-kuar drpd tudung… sket lagi cam mak biah citer puaka Niang Rapik… (apa aku merepek nih?). Jenuh aku tolak-tolak rambut masuk balik dalam tudung tapi dari tadi asek kuar balik. Hmm..dah makin lembut kot sejak-sejak pakai syampoo Sunsilk kaler pink tu…What ever!

Report…dah siap? Dah… banyak giler! Tension! Tension! Part aku dah siap…cuma tak bley nak print coz Dr. kene vet dulu report tu. Hmm… tu la masalah besar skang. Dah email berkali-kali mintak vet and advice changes tapi no response! nanti biler patient dah ada depan bijik mata baru terkial-kial nak soh aku print…biler dah print baru nak baca…biler dah baca baru nak ammend sana sini…patu kene print skali lagi… buat keje banyak kali! Sakit hati ni…

Report bnyk!

Report yang berjaya aku siapkan hari ni...tapi Dr. blom vet lagi!

Rasa cam nak dengar radio kekuat…tapi takot orang marah… sib baik Nadiah baik hati…kasik pinjam Headphone… blasah la..dah macam belalang plak muka aku… huhuhu… u think i care?

Cik Belalang dengan headphone nyer..

Cik Belalang dengan headphone nyer..

Ubat blom makan lagi… lately urticaria makin ganas! menyusahkan! Menyusahkan! Benci! Benci! tapi nak buat cemana? kene la sabar gak… biler kene attack, rasa mcm nak nangis… kengkadang terpikir nak bunuh diri je…tapi sib baik masih ada Iman… Astagfirullah…

Ia akan bermula sekecil ini di semua bahagian badan...

Ia akan bermula sekecil ini di semua bahagian badan...

Dan menjadi se' Horror' ini apabila kemuncak...

Dan menjadi se' Horror' ini apabila kemuncak...

Huh..(sambil kunyah kerepek)… tak tau nak tulis apa lagi.. tetiber rindu kat Emir. Lately asek balik lambat… bila sampai umah, nak kene masak… abes masak, tidokan Emir… bila la sangat nak gurau-gurau ngan Emir? Emir dah besor. Kelmarin ghi follow-up..timbang, berat dia dah 7.5Kg… fullamak… letih ibu nak dukung ko nak oii… takpe, sayang punyer pasal…apa-apa je laasal Emir happy…
Emir steady lam Car seat..nak balik umah nenek..

Emir steady lam Car seat..nak balik umah nenek..

Pandang ayah..dia memang rajin sembang ngan ayah dia..

Pandang ayah..dia memang rajin sembang ngan ayah dia..

Emir skang kene pakai sarung tangan balik… tapi sebelah je…belah kanan… belah kiri tak yah… Sebab apa? sebaba tangan kiri dia kalo gosok muka pandai guna backhand..kalo tangan kanan dia tak pandai…so, dia end-up mencakar muka kiut dia tu…kesian ibu tengok… (muka ibu pon bnyk kali kene cakar! tudung ibu berpuluh kali kene tarik…)

Emir dah pandai nyembur-nyembur skang…org kata bila baby pandai nyembur-nyembur ni, rambut mak dia akan gugur… Aku tak tau nak percaya ke tak tapi memang betul pon rambut aku bnyk gugur. mengalahkan orang kene leukemia! Aku cuba cari penjelasan saintifik disebalik kejadian…tapi aku blom lagi dpt jawapannya… (sebenarnyer aku blom cari pon!)…

Smalam Ban tepon tanyer cemana proses nak beli umah… dia cakap dia nak beli umah… so aku pon explain la…bla..bla…bla… (pjg giler, serious tak payah tulis kat sini!) ..

Lepas tu Ban soh aku mintak SPA… aku cakap kat dia aku dah blacklist JPA (padan muka! sapa soh tak bayar!) … pastu Ban tak caya… aku cakap SUMPAH la! pastu aku mintak no IC Ban so that aku bley check… bila aku check, dia punyer nama tak blacklist pon…walhal jumlah tunggakan dia sama je ngan aku and dia pon dah pat ploh tahun tak bayar! Tak aci btol! Penipu tau JPA nih… kenapa aku je kene blacklist? kenapa? kenapa? jahat la!! (Tension lagi!)

Ok..cukup-cukup la citer yang mentensionkan tu…skang ni still tak tau nak buat apa… keje dah siap… and dah pon prepare utk interview esok… oppss…tersebut plak! hehehehehe… (sengaja pon!) ..

Ok..takpe..nak pegi main game sampai lebam… Daa!

March 18, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Which part of my email that you didn’t understand?

Aku bengang btol la ngan minah ni… pakkai lagi je dia customer..kalo tak, lama dah makan penampor..

Dah la soalan berbakul-bakul..aku dah explain , tanyer lagik soalan yang sama!

Haritu dah soh aku email price vaccine yang dia nak.. aku dah email.. lepas tu tanyer lagi benda yang sama.. aku rasa email aku dah cukop straight forward… aku pon pening ahh…serabot ngan org yang tak paham bahasa nih… nak je aku cakap kat dia : ” now tell me what language other than Bahasa Malaysia and English that you want me to ‘speak’ so that you can understand” …

lepas tu tanyer plak kenapa ada GP charges kalo nak amik vaccination. Perlukah aku jawab soalan bodoh ini? perlu ke? perlu ke???? terasa nak je aku cakap : ” u dont want to pay also can..i give u the vial..give u syringe…give u needle…u do it yourself..ok or not? ” …arrgghhh!! how I wish I have the gutts to say that!

Stupid la wey!!

March 5, 2009 Posted by | Uncategorized | 4 Comments

Kami diuji lagi…

Jumaat lepas hubby bagitau aku yang dia and 9 orang lain dipanggil secara bergilir-gilir masuk ke bilik Encik Murizam…rupanyer, company terpaksa me’retrench’ diorang coz kegawatan ekonomi..

Bila hubby bagitau aku berita ni, aku tak tau nak kata apa… blurr kejap..tapi yang pelik tu tak pula rasa sedih…

Serious, aku blurr sampai tak tau nak cakap or buat apa-apa…aku cuma tergamam kejap memikirkan apa tindakan seterusnya yang boleh diambil oleh kitorang berdua memandangkan skang ni dalam keluarga dah ada orang baru – Emir Zafran.

Ntah la..aku sampai skang ni still blurr… sampai nak tulis apa lagi pon tak tau…yang pasti, aku cuma nak bagitau yang laki aku dah kene retrench … Aku harap kengkawan dapat doakan kami sekeluarga supaya tabah untuk mengharungi dugaan ini dan moga-moga Allah murahkan rezeki kami dan permudahkan segala urusan kami…

p/s: Ayang, no matter what happens, I will always love you and will always support what ever decision that you make…

March 3, 2009 Posted by | Uncategorized | 5 Comments

Bengang tahap maksima…

aku tengah tension giler nih…

pagi tadi agak kelam kabut kuar umah…(walaupon dah bangon dan bersiap-siap awal)..

lepas tu dah sampai lif, laki aku tertinggal beg Emir plak…so patah balik… lepas tu dah masuk kete baru dia tingat yang handphone dia tertinggal…

nak patah balik amik, jawabnyer sah-sah la aku lambat sampai opis…

skang dah pukul 6.25pm… aku jenguk-jenguk kat luar tak sampai lagi…call opis since pukul 5pm tadi tak berangkat… dah jadik kerja pulak aku kene ulang-alik selang 5 minit nak tgk dia dah sampai ke belum kat depan opis…

kalau dah tertinggal telefon tu, tak pandai-pandai ke nak guna phone opis tepon bagitau pukul berapa nak amik aku?? letih la macam ni…huh!

dah la nnt amik Emir pon lambat, sampai umah sah-sah la lambat…pastu nak kene masak plak lagi…ayoooooooooooooooo!!!!! *pengsan!

February 23, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Lunch date ~ with Cat @ Asmarani Hidayah

Hari ni hari JUMAAT (Cat, ko kene ingat Cat..arini ari Jumaat!) … so, waktu lunch agak panjang coz Doktor takde..kuar smayang Jumaat… Kiren plak terlibat ngan exphibition kat PWTC… yang tinggal kat opis ni cuma aku, Ain ngan Kak Siah..

So, Cat daripada smalam lagi sms aku ckp nk datang…lama jugak tak jumpa Cat..paling last masa Open House umah aku masa Hari Raya, sebelum aku meletop..

So, setibanyer Cat kat KL Sentral, aku pi jemput dia..pastu kitorang tapau nasik and makan kat opis aku…lepak + cerita + gosip…huhuhuhuhu…

Tu pon sebab dia ada projek ngan JPA…sebab tu dia kene rush balik opis at 2.30pm…kalo tak, mau sampai maghrib kitorang sembang…almaklom la, opis aku ni pon bisnes suam-suam kuku jek…hehehehehe…

Ntah bila la lagi nk jumpa…aku harap aku dpt kumpul kengkawan semua buat reunion…pegi piknik pon jadi la..

Yang paling lama aku tak jumpa is Zaza…Zai…Ayie..Fairus..huhuhu..

p/s: next week Jue turun KL…

February 20, 2009 Posted by | Uncategorized | 3 Comments