Der Spielplatz von oLye…

Kami diuji lagi…

Jumaat lepas hubby bagitau aku yang dia and 9 orang lain dipanggil secara bergilir-gilir masuk ke bilik Encik Murizam…rupanyer, company terpaksa me’retrench’ diorang coz kegawatan ekonomi..

Bila hubby bagitau aku berita ni, aku tak tau nak kata apa… blurr kejap..tapi yang pelik tu tak pula rasa sedih…

Serious, aku blurr sampai tak tau nak cakap or buat apa-apa…aku cuma tergamam kejap memikirkan apa tindakan seterusnya yang boleh diambil oleh kitorang berdua memandangkan skang ni dalam keluarga dah ada orang baru – Emir Zafran.

Ntah la..aku sampai skang ni still blurr… sampai nak tulis apa lagi pon tak tau…yang pasti, aku cuma nak bagitau yang laki aku dah kene retrench … Aku harap kengkawan dapat doakan kami sekeluarga supaya tabah untuk mengharungi dugaan ini dan moga-moga Allah murahkan rezeki kami dan permudahkan segala urusan kami…

p/s: Ayang, no matter what happens, I will always love you and will always support what ever decision that you make…

March 3, 2009 - Posted by harlequin88 | Uncategorized | | 5 Comments

5 Comments »

  1. Olye…

    Am sorry to hear about the news.. Kuatkan semangat dan tabah selalu..
    Pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian itu..
    Be positive always..

    Comment by DayBab | March 3, 2009

  2. thanks Maria…
    InsyaAllah… aku akan stay positive..

    Comment by harlequin88 | March 3, 2009

  3. hmm…
    insyallah..
    rezeki Allah meluas..
    dugaan dalam keluarga..tabah..n ..always pray to Him…

    Comment by BroBudak | March 4, 2009

  4. =( olye..
    before this, macam macam lagi dugaan yg ko pernah lalui kan ? & semua ko dapat handle secara baik. aku harap dugaan kali ni pun sama..

    if u need anything, just lemme know. *hugs*

    Comment by Julia | March 10, 2009

  5. olye…..
    mungkin asa hikmah di sebalik sesuatu itu…. bawa bersabar yer…. aku pun sedang melalui pengalaman yang lebih kurang ko sedang lalui jugak….
    aku memahamimu alang….. insya allah ko boleh mengatasinya…. be positive and always pray to Him

    Comment by meowww | March 10, 2009


Leave a comment